Monday, January 4, 2010

2010 vs 1431


Salam,
hai kawan-kawan, Apabila di sebut sahaja tahun baru maka apa yang terdetik di benak pemikiran kita ialah sambutan besar-besaran yang dibuat setiap tahun....
"tahun nie kite nak p sambut tahun kat mana?pukul berape nak gerak nie?Yea kita enjoy"antara ayat2 yang biasa kedengaran di seluruh pelusuk malaysia.

bagi sesetengah pihak, sibuk bertanyakan akan azam tahun baru untuk 2010.
"Aku target hujung Tahun Baru nie nak bertunang"
"Aku target tahun nie nak lebih bedrdisplin"
"Aku target tahun nie nak selalu bangun awal pagi"
macam-macam azam yang kita dengar, Alhamdulilllah...Atleast ada azam, capai atau tidak itu soal kedua.

Apabila masuk tahun baru islam sahaja, kemeriahan yang dirasa tidaklah sehebat mana sehingga ada pihak yang tidak tahu pun masuknya tahun baru hijrah.

Ada sesetengah pihak mempersoalkan mengapa tidak sambutan 1431 hijrah di sambut semeriah tahun baru masihi.kita kan orang islam...Kita meriahkan sambutan Islam,kita buat konsert2 islam, Bunga api dan apa2 sahaja yang serupa tahun baru masihi tetapi di "islamic" kan.

kawan2 dan sahabat2 sekalian...
Ya saya bersetuju bahawa kite perlu memeriahakn sambutan tahun baru islam tetapi tidaklah dengan pembaziran dan sambutan yang berupa fizikal semata-mata.jika kita lihat kembali tujuan islam menyambut sesuatu perayaan itu, kita akan dapati bahawa islam tidak akan menyambut sesuatu perayaan melainkan ada nilai2 yang di dalamnya yang mana ianya perlu di praktikan oleh segenap umat islam.

Di dalam konteks tahun baru ini, Apa yang di tuntut di dalam islam adalah perubahan iaitu hijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.Mengenai sambutannya,adalah digalakkan supaya kita menyemarakkan sambutan tahun baru islam lebih dalam masa yang sama mempromosikan nilai2 yang di bawa bersama.Tidak perlu untuk kita menyambutnya dengan pembaziran yang melampau seperti pembakaran bunga api yang banyak dan sambutan sehingga lewat malam.

Solusinya kita menyambut menyambut, memeriahkan dan menyemarakkan sambutan tahun baru islam lebih dari masihi, mungkin bukan kerana diskriminasi terhadap yang bukan islam tetapi kerana mesej dan nilai yang terkandung di dalam sambutan tahun baru islam di samping cara sambuatan yang tidak melalaikan.wallahua'lam.

5 comments:

  1. hmm..mmg benar apa yg penulis katakan diatas..sy setuju 100%. Dewasa kini semakin ramai remaja islam di luar sana menyambut kehadiran tahun baru dgn dipengaruhi anasir-anasir barat. Mereka seolah-olah lupa akan hukum hakam agama itu sendiri. Akhlak dan akidah juga kian pudar. Justeru itu..semakin banyak lah gejala-gejala negatif dipertontonkan. Disini bukan lah sy mengatakan bahawa menyambut kehadiran tahun baru itu tidak bagus, namun haruslah disambut dengan cara yg lebih mendekatkan kita pada agama sekali gus membawa kita setapak mendekati Allah. Seperti yg penulis katakan, Islam menuntut penghijrahan umatnya dari keburukan kepada kebaikan. Contohnya, dari seseorang yang sering alpa dengan perintah Allah kini berhijrah menjadi umat yang soleh dan solehah. Walaubagaimanapun, Islam menggalakkan kesederhanaan. Sambutan tahun baru yang berlebihan pastinya tidak mendatangkan faedah buat kita. Apa yang pentingnya disini ialah pengamatan individu itu sendiri tentang keazaman dan perubahan positif yang ingin mereka terapkan dalam jiwa tatkala menjelangnya tahun baru. Sekian.

    ReplyDelete
  2. haa...
    Azam saya tahun ni membine character yg lebih cemerlang, mengikhlas diri dalam bekerja,dan membanyakkan pencapaian2....

    Ape Azam korang/anda semue?

    ReplyDelete
  3. azamm saya tak lain tak bukan adelah... hahahahaaaa... ingin terus-terusan berjaya dalam pelajaran saya.... hahahahahhaa

    ReplyDelete
  4. haaa...as we are students, we should always strive for excellency in our studiest.gud Luck for zulaikha and may u achieve more...haaaahaaahaaa

    ReplyDelete
  5. azam lin nak bina kerjaya..hujung tahun ni..kononnye nak la..tuuuuttttt hehehe...

    ReplyDelete