Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Kembali Menguruskan Rambut

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''..KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK
ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.'

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..... :-)

Friday, January 8, 2010

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam
kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar
mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar
kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja
ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko
besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat
dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada
yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu
berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah
diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah
keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda
sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih
teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi
kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang
berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita
gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada.
by kasih...

Monday, January 4, 2010

2010 vs 1431


Salam,
hai kawan-kawan, Apabila di sebut sahaja tahun baru maka apa yang terdetik di benak pemikiran kita ialah sambutan besar-besaran yang dibuat setiap tahun....
"tahun nie kite nak p sambut tahun kat mana?pukul berape nak gerak nie?Yea kita enjoy"antara ayat2 yang biasa kedengaran di seluruh pelusuk malaysia.

bagi sesetengah pihak, sibuk bertanyakan akan azam tahun baru untuk 2010.
"Aku target hujung Tahun Baru nie nak bertunang"
"Aku target tahun nie nak lebih bedrdisplin"
"Aku target tahun nie nak selalu bangun awal pagi"
macam-macam azam yang kita dengar, Alhamdulilllah...Atleast ada azam, capai atau tidak itu soal kedua.

Apabila masuk tahun baru islam sahaja, kemeriahan yang dirasa tidaklah sehebat mana sehingga ada pihak yang tidak tahu pun masuknya tahun baru hijrah.

Ada sesetengah pihak mempersoalkan mengapa tidak sambutan 1431 hijrah di sambut semeriah tahun baru masihi.kita kan orang islam...Kita meriahkan sambutan Islam,kita buat konsert2 islam, Bunga api dan apa2 sahaja yang serupa tahun baru masihi tetapi di "islamic" kan.

kawan2 dan sahabat2 sekalian...
Ya saya bersetuju bahawa kite perlu memeriahakn sambutan tahun baru islam tetapi tidaklah dengan pembaziran dan sambutan yang berupa fizikal semata-mata.jika kita lihat kembali tujuan islam menyambut sesuatu perayaan itu, kita akan dapati bahawa islam tidak akan menyambut sesuatu perayaan melainkan ada nilai2 yang di dalamnya yang mana ianya perlu di praktikan oleh segenap umat islam.

Di dalam konteks tahun baru ini, Apa yang di tuntut di dalam islam adalah perubahan iaitu hijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.Mengenai sambutannya,adalah digalakkan supaya kita menyemarakkan sambutan tahun baru islam lebih dalam masa yang sama mempromosikan nilai2 yang di bawa bersama.Tidak perlu untuk kita menyambutnya dengan pembaziran yang melampau seperti pembakaran bunga api yang banyak dan sambutan sehingga lewat malam.

Solusinya kita menyambut menyambut, memeriahkan dan menyemarakkan sambutan tahun baru islam lebih dari masihi, mungkin bukan kerana diskriminasi terhadap yang bukan islam tetapi kerana mesej dan nilai yang terkandung di dalam sambutan tahun baru islam di samping cara sambuatan yang tidak melalaikan.wallahua'lam.

Wednesday, December 23, 2009

Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,
bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan
suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan
menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.