Saturday, December 18, 2010

Budaya Hedonisme & Generasi Akan Datang

Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas semua pelawat blog. Moga kita sentiasa di dalam rahmatnya. Perkongsian kali ini bakal membawa anda kepada permasalahan budaya "Hedonisme" yang kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja islam. Admin bukanlah pakar dalam soal ini. Cuma, sekadar berkongsi kefahaman dan pengetahuan.

Baiklah sahabat, apakah Hedonisme? Hedonisme adalah berhibur secara berlebihan, yakni secara melampau!

~Ya,terus apa bahayanya pada remaja kita?~
Baik, cuba anda baca apa yang akan saya sampaikan. Budaya ini mengajak remaja-remaja islam berhibur. Ya, memang tidak salah berhibur. Tetapi, budaya ini mengajak mereka berhibur secara BERLEBIHAN atau lebih tepat lagi secara MELAMPAU. Lihat kesannya,ia akan melahirkan generasi muda yang amat tidak mementingkan masa hadapan. Apa tidaknya, mereka hanya tahu berhibur dan bersuka-ria. Malah mungkin juga ada yang sampai melupakan kewajipan kepada agama.

"Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok".
Lihat ayat ini. Era ini, kita memerlukan seorang pemimpin yang mampu memimpin dengan baik. Mampu memikul tanggungjawab tanpa khianat kepada mana-mana pihak. Cuba anda fikir, jika remaja kita terlibat dengan budaya Hedonisme ini, bagaimana pemimpin kita pada masa hadapan? Siapa pemimpin kita pada masa hadapan? Remaja pada hari ini bukan?! Ya! Justeru, budaya ini ternyata sangat berbahaya. Tidak perlu diterangkan dengan lebih panjang saya sudah tahu, anda dapat memahaminya bukan? Anda dapat memikirkan tentang impaknya bukan?

Sekali lagi saya ingin mengajak anda berfikir, rasanya, sesuaikah budaya hedonisme ini dengan kita sebagai masyarakat timur yang mementingkan budi bahasa dan adab sopan? Jika permasalahan ini tidak dititikberatkan, maka ia akan meracuni fikiran remaja-remaja yang masih belum berfikiran matang. Jika dibiarkan, sudah pasti ia akan mengubah adat hidup dan budi bicara mereka nanti. Benar bukan?

Banyak lagi budaya yang telah dilahirkan oleh Hedonisme ini. Antaranya, budaya MALAS.
Hedonisme telahpun membius, menyuntik dan melekakan pemikiran remaja, lalu mereka tidak lagi berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu kerana apa yang mereka tahu hanyalah berhibur sahaja.Pada mereka, hidup hanya sekali, so? "Jom kita enjoy!". wah! Banyak cantik! Korang fikir hidup ini hanya untuk berseronok ya?

Kita dapat lihat sendiri. Gejala sosial turut dilahirkan oleh budaya Hedonisme ini. Eh, bagaimana itu? Baik, mari saya terangkan. Jika sudah di'set'kan di dalam mindanya, life is just for fun, maka sudah pasti hanya ingin gembira sahaja bukan? Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian kita, apabila remaja islam mula berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di kelab malam, pub, disko dan sebagainya utntuk bersuka-ria. Nah! Di sinilah lahirnya gejala sosial itu. Penyakit sosial mula menjangkiti seperti, meminum arak, terkinja-kinja menari seperti orang gila, mendengar lagu-lagu rancak yang menyakitkan telinga sambil menggoyangkan kepala, bukan ada untungnya malah mengusutkan rambut sahaja. Buat apa yang mereka suka tanpa menghiraukan orang sekeliling. Mereka fikir orang lain tidak ada perasaankah?. Di mana perasaan malu? Di mana adab sopan masyarakat timur? Malah, di mana akhlak remaja islam? Ah, daripada sini,pasti juga akan berlaku pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang akhirnya sudah tentu membawa kepada zina. Maka akan rosaklah remaja kita! Saya ulang sekali lagi, rosaklah remaja kita! Bakal menjadi sampah masyarakat.

Sekian, sampai di sini sahaja yang mampu saya kongsikan. Maaf jika masih banyak informasi yang belum dapat saya sampaikan. Moga kita diberi kefahaman. InsyaAllah.

Love Islam...Love yourself...Love your Future...Love your Generation...

Dipetik dan di olah dari islamkanjiwamu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment